Karunia Yang Harus Disyukuri
Artikel dikemaskini pada :
2023-12-09 21:19:43

Bismillahirrahmaanirrahiim
Sungguh, manusia merupakan ciptaan terbaik seperti yang digariskan sendiri oleh Allah : "sungguh telah Kami ciptakan manusia dalm rupa bentuk yang terbaik".
Terbaik dari segi luaran mahupun dalaman.
Dibekalkan segala macam kemudahan.
Diberikan juga segala macam karunia dalam rupa yang pelbagai.
Dan dari sekian banyak yang diberi kepada manusia, ada satu perkara yang cukup mengkagumkan.
Dinyatakan sendiri oleh Baginda Nabi s.a.w. :
"Kagum aku dengan oang yang beriman . Jika diberi nikmat dan ia bersyukur, maka baginya ganjaran pahala. Dan jika dia diuji dengan musibah lalu ia sabar, maka baginya juga ganjaran pahala."
Menunjukkan, betapa beruntungnya orang beriman.
Keberuntungan dalam dunia ini jika dinilai dan diukur dari kebendaan, maka yang miskin dan papa tidak akan pernah dikira beruntung.
Namun, Baginda Nabi s.a.w. mengajak kita untuk merubah nilai ini berdasarkan sudut pandang akhirat.
Tidak kira banyak atau sedikitnya harta, warna kulit atau ras bangsa, sekiranya dalam hati seseorang tertanamnya iman, maka keberuntungan ini sudah pasti akan menjadi miliknya.
Kuncinya ialah iman. Tanpa iman, sabarlah beribu kali sabar, syukurlah beribu syukur, infaqlah harta beratus juta sekalipun, ia tetap tidak ada harganya di sisi Allah, jika tidak disertai dengan iman.
Maka, iman inilah yang sepatutnya dipasak, dipertahankan dan dibajai, agar terus subur.
Agar berterusan berada dalam golongan yang beruntung, seperti yang dinyatakan oleh Baginda.
Ia merupakan karunia yang harus kita syukuri dan dizahirkan kegembiraan atasnya.
Kerana, iman itu sangat mahal, tidak boleh diusahakan dengan wang dan harta, dan ia tidak diberi melainkan hanya kepada mereka yang Allah tentukan.
....