Rehlah Ahlaanur Ke Ladang Alam Warisan 18hb Nov 23
Artikel dikemaskini pada :
2023-12-12 00:08:56

Alhamdulillah, baru-baru ini Ahlaanur dengan kerjasama warga PIBG ahlaanur telah mengendalikan sebuah rehlah untuk pelajar-pelajar pra tahfiz ahlaanur ke Ladang Alam Warisan.
Program setengah hari bermula seawal jam 9 pagi ini disertai lebih 30 peserta, terdiri dari kalangan pelajar dan Ibu Ayah pelajar.
Pengisian program rehlah kali ini antara lain ialah :
- Melawat kandang kambing, kandang itik telur dan kandang kuda.
- Aktiviti berkuda ( joy ride ).
- Memanah
- Dan diakhiri dengan mandi sungai.
Anak-anak dan Ibu Ayah juga didedahkan dengan kelebihan memanah, kelebihan berkuda dan kaitan sunnah Baginda s.a.w dalam mengembala kambing.
Syukur pada Allah, program berjalan dengan baik, walaupun sebenarnya banyak kekurangan dari pihak ahlaanur dalam mengendalikan program pertama ini.
Program tamat kira-kira jam 12 tengahari, ditutup dengan program santai 'mandi sungai'.
Berikut ialah sedikit sebanyak memori bergambar yang sempat dimuat-naik yang dikongsikan khas oleh Bunda Iman dan Puan Jalilah :